17/08/2010

.:DIKIR BARAT

PERTANDINGAN AKHIR DIKIR BARAT 2009




ASAL USUL

           Dikir barat merupakan teater tradisional yang digemari oleh masyarakat Melayu Kelantan dan Patani. Dalam persembahan Dikir barat, terdapat satu kumpulan yang diketuai oleh seorang Tukang Karut dan Tok Juara.


SEJARAH 


Dikir Barat mula diperkenalkan di Tanah Melayu pada tahun 1930 an oleh anak tempatan iaitu Tuan Haji Mat Saleh bin Haji Ahmad. Antara ahli yang terlibat dalam kumpulan dikir barat ialah seorang juara, tukang karut dan beberapa orang awak-awak. Kumpulan Dikir Barat selalunya terdiri di antara 15 hingga 30 orang.


           Antara alatan yang digunakan dalam persembahan dikir barat ialah, gendang ibu, gong, kerincing, canai, rebana ubi, dan cerana. Oleh yang demikian, permainan ini lebih dikenali sebagai Dikir Barat di negeri Kelantan. Dikir Barat bukan sahaja terkenal di Kelantan dan juga di negeri-negeri sekitarnya malah hingga ke Singapura.

AWAK-AWAK


TUJUAN DALAM MASYARAKAT                                                                        

     Tujuan Dikir Barat dipersembahkan adalah sebagai hiburan ataupun pertandingan bagi merebut gelaran juara antara kumpulan yang dipertandingkan. Selain itu Dikir Barat juga turut dipersembahkan dalam majlis perkahwinan sebagai hiburan kepada pengantin dan orang ramai yang bertandang ke majlis perkahwinan tersebut. 


          Dikir Barat juga sering diadakan oleh persatuan-persatuan belia tempatan mahupun pihak tertentu sebagai tujuan amal.



DISEDIAKAN OLEH: MUHAMMAD AZLAN AZMI          207220

15 comments:

  1. Blog ni sangat berguna untuk saya....
    Dengan menggunakan blog ni saya dapat membuat kerja saya dengan senang...
    Terima khasih kpd muhd azlan azmi yang sediakan blog ni...
    i hope u will do more blog this 2 help people like me.......
    thankzzzzz...!!!

    ReplyDelete
  2. Haaaakan senang nak buat folio

    ReplyDelete
  3. salam, ada contact utk kami hubungi utk menyewa alat2 muzik dikir barat seperti gong and etc? ada ada tlg hubungi saya di no ini : 012-2686374. terima Kasih.

    ReplyDelete
  4. klik skit,dah dapat buat folio.... hahahaha!! thanks!

    ReplyDelete
  5. kenapa orang kelantan suka sangat meniru dan menciplak seni kebudayaan masyarakat Melayu Selatan Thai? Dikir Barat ni berasal dari 3 wilayah Selatan Thai iaitu Pattani, Yala dan Narathiwat. Istilah "Barat" adalah panggilan orang Kelantan terhadap 3 wilayah tersebut. Manakala di 3 wilayah tersebut ianya dikenali dengan nama Dikir Hulu atau Karut. Permainan seni budaya rakyat ini telah dibawa ke negeri kelantan oleh Hj Saleh Tapang selepas beliau balik ke Kelantan selepas zaman pendudukan Jepun. Semasa zaman pendudukan Jepun di Tanah melayu, beliau telah berhijrah ke Selatan Thai di tempat yang bernama Pulau kerengga dalam wilayah Narathiwat. semasa di pulau kerengga, beliau melihat masyarakat nelayan di sana memainkan satu permainan budaya yang melibatkan berbalas kata-kata melibatkan 2 kumpulan yg masing terdiri beberapa orang ahli.

    ReplyDelete
  6. penulis seperti tidak mengenali alat-alat music tradisional. contohnya gendang ibu. untuk pengetahuan penulis, dikir barat tidak menggunakan gendang tetapi yang sebetulnya adalah rebana ibu. terima kasih

    ReplyDelete
  7. maaf sedara.. bukan penulis tak kenal alat muzik tu.. tapi memang orang kelantan panggil gendang ibu dan gendang anak.. mungkin tidak semua orang kelantan yang pnggil mcm tu.. terima kasih.

    ReplyDelete
  8. YOU ALL NOOB

    ReplyDelete
  9. Sejarah sngat bgus la utk kmi yg besekola nie yg kan mnjalani PT3 nie

    ReplyDelete
  10. Sejarah sngat bgus la utk kmi yg besekola nie yg kan mnjalani PT3 nie

    ReplyDelete
  11. BGUS SDH TAPI TERLALU RINGKAS LH

    ReplyDelete