17/08/2010

.:RODAT

ASAL-USUL MUZIK RODAT

Muzik kesenian Rodat berasal dari Semenanjung Tanah Arab. Ini diperkukuhkan lagi dengan bukti perbendaharaan kata arab yang membawa maksud berulang-alik dan bersahut-sahutan yang diungkapkan dalam bahasa arab yang mana isi dan petikan bait-bait lirik diambil daripada sebuah kitab yang bernama Hadrah. Rodat merupakan satu seni muzik tradisional yang terkenal di negeri Terengganu yang unik dari segi persembahan dan mesej yang ingin di sampaikan serta diperkukuhkan lagi dengan seni yang berunsur Islam dan sangat dihormati kerana merakamkan puji-pujian kepada tuhan dan sejarah hidup para Rasul.




FUNGSI KESENIAN RODAT TERHADAP MASYARAKAT



Rodat berfungsi sebagai satu medium pengisian bagi kehidupan bermasyarakat di Terengganu. Contoh sebagai satu bentuk nasihat, adat, berbudi bahasa, lawak jenaka dan kasih-sayang yang di sampaikan dalam bait-bait lirik yang indah dan berirama serta mengasyikkan. Rodat juga merupakan satu medium hiburan semasa majlis-majlis keraian seperti majlis kahwin, berkhatan, musim menuai, hari keputeraan Sultan dan pesta kebudayaan. Majlis persembahan muzik Rodat ini dipersembahkan dalam bentuk nyayian dan tarian yang diiringi dengan paluan alat muzik rebana yang lebih dikenali sebagai Tar Rodat dalam kalangan pemuzik Rodat.

Oleh : MUHAMMAD ZULFADLI BIN EMBONG     205093

No comments:

Post a Comment