25/08/2010

.:PENGENALAN

Variasi muzik tradisi di Malaysia adalah hasil campuran pelbagai etnisiti di negara ini.Istimewanya, pelbagai etnik termasuk kaum majoriti Malaysia iaitu Melayu,Cina dan India serta Bumiputra Sabah dan Sarawak bergabung menghasilkan alunan muzik nusantara yang unik yang tidak terdapat di negara lain.
.
.
.

Muzik tradisional secara amnya digunakan sebagai lambang budaya sesuatu bangsa selain daripada tujuan untuk hiburan dan mengiringi upacara-upacara adat tertentu.
Pelbagai muzik tradisional yang terdapat di Semenanjung Malaysia bahkan Sabah dan Sarawak.
.
.
.

Gabungan ritma dan intonasi muzik yang murni bergabung menjadi suatu melodi yang istimewa. Muzik tradisional Malaysia mempunyai latar belakang yang menarik,  peralatan muzik yang berlainan dan dimainkan sesuai dengan panorama tertentu. 
Muzik tradisional Malaysia tidak akan lapuk dek zaman kerana masih lagi ada penggemar-penggemar muzik tradisional yang memperjuangkan irama ini.

Disini, kami kupaskan beberapa muzik dan juga alat muzik terkenal di Malaysia. 

. . . .

24/08/2010

.:GHAZAL


PENGENALAN

Ghazal merupakan satu kesenian tradisional masyarakat Melayu Negeri Johor yang popular. Pada peringkat permulaannya, seni muzik ghazal ini disebut sebagai Qamat yang bererti nyanyian dan beriuh rendah dikatakan berasal dari Tanah Arab. Pada akhir abad ke-19, kerajaan Johor menjalin hubungan yang erat dengan kerajaan Riau-Lingga. Beberapa orang dari golongan bangsawan Johor sering berulang-alik ke Riau. Mereka sering dihiburkan dengan permainan ghazal. Ada di antara mereka itu telah mempelajari kesenian ini dan memperkenalkan kesenian ini di istana Sultan Johor. Di istana, kesenian muzik ghazal ini telah mendapat perhatian daripada sultan, pembesar-pembesar negeri dan lain-lain golongan istana. Justeru itu, perkembangan ghazal ke peringkat rakyat jelata menjadi cepat dan pesat. Sehingga kini, muzik ghazal sering dimainkan di pelbagai acara atau keramaian yang diadakan di negeri Johor Darul Ta’zim.
Muzik tradisional ini sering dimainkan di majlis-majlis perkahwinan golongan bangsawan (pada masa dahulu), acara-acara keramaian yang dihadiri oleh Sultan Johor atau kerabat Diraja Johor, dan juga majlis-majlis rasmi yang diadakan di negeri Johor. Antara penyanyi-penyanyi terkenal yang telah mempopularkan irama ghazal Johor adalah Fadzil Ahmad, Datuk Sharifah Aini, Ramlah Ram, Rosiah Chik, Allahyarhamah Datin Rafeah Buang, Datin Orchid Abdullah dan ramai lagi.                                                   
. . . .

TOKOH-TOKOH GHAZAL

1. Datuk Bentara Luar, Mohd. Salleh Bin Perang.

- Beliau memperkenalkan dan memainkan seni muzik ghazal kepada penduduk semasa pembukaan daerah-daerah baru.

2. Ungku Ahmad Bin Mohd. Khalid (Ungku Chik).

3. Ungku Mohammed Bin Mohd. Khalid.

4. Ungku Sulaimen Bin Daud.

5. Ungku Abdul Aziz Bin Abdul Majid.

6. Encik Dapat.

7. Haji Musa Bin Yusof (Pak Lomak).

- Cucu kepada Datuk Bentara Luar dan digelar sebagai Bapa Ghazal Johor.


PERALATAN GHAZAL

  • Peti Harmonium - alat muzik tradisional yang berasal dari India ini penting bagi Ghazal Melayu Johor.
  •  Violin - alat muzik ini kecil sedikit daripada biola , tetapi biasanya disebut oleh orang-orang Melayu dengan sebutan biola sahaja. Alat jenis bertali ini adalah salah satu alat muzik dalam permainan Ghazal Melayu Johor.
  •  Gambus - alat muzik yang berasal dari Timur Tengah ini merupakan alat muzik bertali yang perlu ada dalam Ghazal Johor.
  •  Satu Set Alat Tabla atau Do(Gendang) - juga merupakan alat muzik yang berasal dari India . Yang kecil dinamakan Din dan yang besar dinamakan Bam.
  •  Tamborin - alat muzik perkusi yang menggantikan alat keroncong diperlukan sebagai alat tempo dan rentak.
  • Marakas - sejenis alat perkusi yang diperlukan sebagai alat rentak dan tempo.


DISEDIAKAN OLEH : MOHAMAD AZIM MOHD NOOR          207176

23/08/2010

.:NOBAT

 
   
   Nobat merupakan salah satu warisan kesenian Melayu yang masih kekal sehingga kini. Di Tanah Melayu, Nobat adalah muzik yang berfungsi di istana sebagai seni persembahan istana Diraja Melayu. Antara negeri-negeri Melayu yang masih mengekalkan muzik Nobat adalah negeri Perak, Kedah dan Terengganu.

   Muzik Nobat adalah sejenis pancaragam Diraja yang hanya dimainkan di istana dan pemain muziknya pula terdiri daripada orang-orang tertentu sahaja. Kebiasaannya, pemain Nobat akan diwarisi dari satu generasi ke satu generasi.

   Sejak dahulu lagi, Nobat hanya dikenali oleh penduduk sekitar yang tinggal berhampiran dengan kawasan Nobat dimainkan. Manakala masyarakat luar tidak banyak mengetahui mengenai muzik Nobat ini.

   Nobat mempunyai beberapa keistimewaan yang tersendiri. Antaranya ialah Nobat hanya dimainkan ketika majlis-majllis tertentu di istana seperti adat istiadat pertabalan, menyambut kelahiran baru di istana dan lain-lain lagi. Disamping itu juga, terdapat beberapa pantang larang yang perlu diikuti ketika muzik Nobat hendak dimainkan.
.
.
.
.


Alat-alat muzik Nobat





Oleh : MOHD SHAHRIN BIN ROSLI       206828


  

22/08/2010

.:SERULING CINA


Buluh dan Seruling



PENGENALAN

        Seruling merupakan sejenis alat muzik yang paling popular di negara Cina. Ia dinamakan sebagai "Zhudi", disebabkan ia diperbuat daripada sebatang buluh dan badannya mempunyai lapan lubang. Lubang pertama digunakan untuk ditiup dan aliran tiupan yang masuk ke dalam badan buluh akan menghasilkan bunyi-bunyian.  Alat ini berserta budaya muzik orkestra cina dibawa masuk oleh imigran dari negara Cina ke Malaysia pada zaman sebelum merdeka.

.
.
.


SEJARAH

        Seruling diperkenalkan sejak 7 ribu tahun iaitu bersamaan dengan kira-kira 4500 tahun  Cina yang lalu. Pada zaman purba ia diperbuat daripada menggunakan tulang dan selepas itu ia diubahsuaikan kepada buluh sehingga ke hari ini.

        Pada zaman Maharaja Hanwu hujung abad pertama sebelum Masihi, seruling ini dinamakan sebagai "Hengchui", dan mendapat kedudukan yang amat penting dalam alat-alat muzik tiupan.

  • Abad ke-7   ~ Teknik permainannya mula berkembang maju dan boleh meniup muzik   yang berkualiti tinggi. 
  • Abad ke-10 ~ Seruling menjadi instrument penting dalam okestra opera di kalangan rakyat dan opera etnik minoriti.
        Seruling kaya dengan corak permainannya. Selain itu, ia dapat memainkan irama yang panjang, tinggi dan lapang serta memainkan muzik tarian yang riang gembira dan irama yang merdu. Bunyi yang dihasilkan juga dapat meniru suara burung.




Cara-cara memegang Seruling



PERBEZAAN

 Jenis permainan seruling dibahagikan kepada 2, iaitu di selatan dan utara negara China 



  • Langgam permainan seruling di selatan negara Cina adalah lebin terang dan indah. Seruling utama yang biasa dimaninkan adalah "Qudi". Badan serulingnya agak panjang dan kasar dan bunyi yang dihasilkan adalah lebih tebal dan lembut.Terutama  yang dipopularkan di kawasan selatan Sungai Yangtze.

  • Langgam pemainan seruling di utara negara Cina  adalah lebih tegap. Seruling utama yang digunakan adalah "Bangdi". Badan seruling agak pendek dan halus dan akan menghasilkan bunyi yang lantang dan jelas.

. . . .

Jenis Seruling



DISEDIAKAN OLEH:  CHOO ZOOI HOW       207203







.:TABLA

Tabla adalah sejenis alat muzik tradisional yang sangat  terkenal dalam masyarakat kaum India.Alat ini dikatakan berasal dari gendang Mridangam.Tabla mempunyai sepasang gendang iaitu Sidda (gendang kecil) dan Dagga (gendang besar) yang ada satu muka masing-masing.Badannya dibuat daripada kayu jati, rosewood dan jackwood.Kulit kambing ditampal pada permukaan tabla untuk menghasilkan bunyi irama yang indah.
.
.
.

Tabla ialah sejenis alat perkuasi dalam ensembel muzik tradisional india yang dimainkan secara solo atau mengiringi upacara keagamaan, persembahan,barathanatyan, perkahwinan dan sebagainya.


Cara bermain adalah dimainkan dengan diletakkan berdiri di atas lantai di hadapan pemain. Alat ini dipalu dengan  jari-jari dan tapak tangan. Bermain Tabla secara konsisten dapat membantu melapangkan minda, memberi ketenangan pada jiwa serta menguatkan otot tangan.
Selain itu,badan juga akan berasa cergas setelah selesai latihan bermain Tabla.


Oleh : SAW GEE WEN    207211

19/08/2010

.:DONDANG SAYANG

Dondang Sayang merupakan sejenis nyanyian atau balada cinta yang sering digunakan oleh masyarakat dahulu kala untuk menyampaikan perasaan kasih mereka. Dondang Sayang dinyanyikan dalam bentuk berbalas pantun yang di sampaikan secara spontan oleh penyanyinya.

Mengikut sejarah, Dondang Sayang muncul pada kurun ke15 Masihi semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka, iaitu semasa zaman pemerintahan Sultan Mansur Shah, nyanyian ini digunakan untuk menghiburkan para pedagang yang singgah di Melaka.

Kualiti nyanyian bagi seni ini bergantung kepada kecekapan penyanyinya berjual beli pantun. Ketua kumpulan ahli muzik bagi Dondang Sayang ini biasanya disandang oleh pemain biola yang betugas untuk membekalkan melodi kaunter dalam persembahan mereka.


Alat-alat muzik yang digunakan untuk mengiringi nyanyian Dondang Sayang terdiri daripada sebuah biola, sebuah gong dan 3 buah rebana yang mana terbahagi kepada dua, iaitu rebana kompang atau rebana keras.
Pada masa dahulu, persembahan Dondang Sayang merupakan pilihan utama masyarakat untuk menceriakan lagi majlis-majlis perkahwinan yang di adakan. Tetapi, pada zaman yang serba moden ini nyanyian Dondang Sayang semakin pupus terutamanya dalam kalangan masyarakat muda.

Oleh itu, pelbagai pihak harus bekerjasama dalam mengambil langkah efektif untuk memastikan seni nyanyian Dondang Sayang tidak tenggelam ditelan zaman.





                              oleh: ARZYANIE CHEE                               204442

.:GAMELAN


 ASAL-USUL
  Perkataan gamelan berasal daripada bahasa jawa “gamel” yang bererti memukul atau menabuh ,diikuti akhiran ‘an’ yang menjadikannya sebagai kata benda.Sedangkan gamelan mempunyai erti sebagai satu kesatuan alat muzik yang dimainkan bersama.Gamelan muncul pada saat budaya luar dari Hindu-Buddha.
   Gamelan Pahang diperkenalkan ketika zaman pemerintahan Sultan Ahmad Muadzam Shah yang digiatkan oleh Tengku Ampuan iaitu Wan Fatimah.Pada tahun 1915,Tengku Ampuan Mariam,anakanda kepada Sultan Ahmad Muadzam Shah mempunyai set gamelan dibawah jagaannya di Pahang dan dibawa ke istana Maziah Terengganu bagi melatih rakyat Terengganu untuk bermain dan menari gamelan. Berbagai lagu dan tarian dicipta seperti Lambang Sari, Geliung, Ketam Renjong, Togok, Gagak Seteru, Lancang Kuning dan sebagainya.

JENIS-JENIS GAMELAN
1)Gamelan Jawa
2)Gamelan Bali
3)Gamelan Sunda
4)Gamelan Banyuwangi
5)Gamelan Kromong

 
ALAT-ALAT GAMELAN DI MALAYSIA


1)BONANG
 Bonang merupakan alat terpenting dalam perhimpunan menvariasikan melodi pokok atau satu melodi pendek yang juga berfungsi sebagai permulaan lagu khususnya untuk penghias lagu.


2)GAMBANG
Gambang biasanya dimainkan oleh seorang pemain sahaja.Pemain tersebut memerlukan 2 bilah pengetuk yang diperbuat daripada tanduk kerbau.


3)KENONG
Kenong adalah sejenis alat idiofon yang ditemui di selatan Asia Timur. Peranannya adalah untuk mengeluarkan bunyi yang lebih lembut daripada bunyi yang dihasilkan oleh gong.


4)SARON
  i)Saron Demong
Saron demong berperanan sebagai alat membawa melodi pokok dan melodi cincang sebagai bunga-bunga lagu dalam persembahan dan mempunyai oktaf yang terendah dalam keluarga saron.
     ii)Saron Penerus
        Pada fizikalnya, bilah-bilah bagi alat saron barung berukuran lebih kecil daripada saron demo dan mampu menghasilkan suara yang lebih nyaring daripada saron demong.
   Iii)Saron Pekin
               Teknik  perdan yang diamalkan dalam konteks pemakaiannya dan ianya mempunyai oktaf tertinggi dalam keluarga saron serta mampu menghasilkan suara lantang dan nyaring.


5)GONG
Gong adalah sejenis alat muzik idofon berasal dari asia timur selatan.Gong berperanan sebagai tulang belakang dalam persembahan muzik gamelan.Gong terdiri daripada pelbagai saiz untuk menghasilkan bunyi yang berbeza setiap satunya dan dimainkan bersama-sama mengikut rentak lagu.


6)GENDANG
Gendang adalah alat penting dalam memimpin rentak yang rendah atau tinggi.Gong dianggap alat yang paling sukar untuk dimainkan dan memerlukan kemahiran yang tinggi didalam  permainan kerana tidak mudah untuk diberi notasi.



  oleh: ROSKHOIRAH BINTI YAHYA                    204456