16/08/2010

.:SAPE


 . . . .

Sape adalah sejenis alat muzik tradisional yang berbentuk gitar yang berasal dari Sarawak dan Kalimantan iaitu tengah Kepulauan Borneo. Alat muzik ini sering digunakan oleh kaum etnik Kenyah, Kayan, Iban, Dayak dan Kelabit. Alat muzik ini diperbuat dari kayu lembut seperti Meranti.Alat muzik ini dapat mengalunkan irama yang mengasyikkan sesuai dengan latar belakang hutan tropika di Borneo.Antara pemuzik Sape yang terkenal adalah Jerry Kamit.

Seni ukiran pada alat muzik Sape
    .
    .
    .

    Pada asalnya, alat muzik Sape ini dimainkan untuk upacara ritual  dirumah panjang. Namun setelah mengalami perubahan masa, ia telah berubah menjadi alat muzik untuk hiburan dan kegiatan sosial seperti iringan untuk tarian tradisional etnik Kepulauan Borneo seperti Ngajat dan Datun Julud .
    Gubahan muzik oleh alat ini divariasikan mengikut acara-acara keramaian tertentu seperti perkahwinan, kelahiran, pesta menuai serta selalunya diturunkan daripada generasi lama ke generasi baru.Alat muzik ini telah diberi perhatian daripada penggemar muzik tradisional kerana alunan melodi yang tenang dan mengasyikkan ini. Malah, inovasi terbaru iaitu Sape elektrik juga telah dicipta untuk menarik generasi muda bermain alat muzik ini.

    oleh NADIAH ABDULLAH  199783

    25 comments:

    1. korg! thanks ye buat blog ni. saya pon kena buat esaimen pasal alat muzik tradisional utk subjek BM jugak. so byk amek kat sini je. boleh kan?! ^.^

      ReplyDelete
    2. Thnx... saya ambik kat sini yer.. Nak buat kerja PBS.. Btw thnx

      ReplyDelete
    3. btw, sape merupakan alat muzik khas bagi kaum Kayan dan Kenyah. Dayak terdiri daripada kaum iban dan bidayuh sementara.

      ReplyDelete
    4. This comment has been removed by the author.

      ReplyDelete
      Replies
      1. This comment has been removed by the author.

        Delete
    5. wah baguslah blog ni...sye buat keje mmng seng

      ReplyDelete
    6. Senang bgi say unuk a kerja srkolah

      ReplyDelete
    7. alat musik suku dayak Kalimantan - Indonesia

      ReplyDelete
    8. Terima kasih, saya ambil sedikit not ye

      ReplyDelete
    9. thankyou sbb sharekn blog pasal alat muzik sape ini.saya dapat buat folio hanya mengambil maklumat di sini

      ReplyDelete
    10. tq ya, saya kena buat projek bm kena siapkan last minute Alhamdulillah jumpa satu blog ni pendek and lengkap.thxk ye..

      ReplyDelete
    11. Siapakah nama pemain Sape

      ReplyDelete
    12. Saya kena buat projek sejarah tentang ni.Sebaik jumpa.
      thx.

      ReplyDelete
    13. Hi ! nak tanya pasal alat muzik sape ni. Alat ni ada specific warna tak ? Ke warna yang selalu digunakan ke? Kalau ya, boleh terangkan ? terima kasih

      ReplyDelete
    14. Thank saye nk buat kerje bm btw thanks🤩

      ReplyDelete
    15. Apa usaha usaha bagi mempopularkan seni sape..

      ReplyDelete
    16. Ramai yang keliru alat muzik Sape ini khas utk masyarakat Kenyah dan Kayan atau identiknya orang Ulu. Iban tiada alat muzik Sape namun pada zaman sekarang mereka mudah mendapatkannya dgn cara membeli dari masyarakat Kenyah.

      ReplyDelete
      Replies
      1. sape sebenarnya asal dari kalimantan. kebanyakan pemain sape dulu era 80an adalah bangsa kenyah dari kalimantan. pemain sape yang pertama bermain di kampung Budaya sarawak dulu adalah mendiang Tusau Padan , dayak kenyah dari kalimantan.

        Delete
    17. Namun kita perlu bangga ianya menjadi LAmbang identity Sarawak

      ReplyDelete
    18. Susah lah nak cari

      ReplyDelete
    19. untuk tambahan pengetahuan anda, Sape aslinya dimainkankan Kenyah dan Kayan bukan Iban. sbb ramai yang keliru. saya sebagai Orang Ulu (Kenyah) agak sedih akan hal ini. Sekian.

      ReplyDelete