24/08/2010

.:GHAZAL


PENGENALAN

Ghazal merupakan satu kesenian tradisional masyarakat Melayu Negeri Johor yang popular. Pada peringkat permulaannya, seni muzik ghazal ini disebut sebagai Qamat yang bererti nyanyian dan beriuh rendah dikatakan berasal dari Tanah Arab. Pada akhir abad ke-19, kerajaan Johor menjalin hubungan yang erat dengan kerajaan Riau-Lingga. Beberapa orang dari golongan bangsawan Johor sering berulang-alik ke Riau. Mereka sering dihiburkan dengan permainan ghazal. Ada di antara mereka itu telah mempelajari kesenian ini dan memperkenalkan kesenian ini di istana Sultan Johor. Di istana, kesenian muzik ghazal ini telah mendapat perhatian daripada sultan, pembesar-pembesar negeri dan lain-lain golongan istana. Justeru itu, perkembangan ghazal ke peringkat rakyat jelata menjadi cepat dan pesat. Sehingga kini, muzik ghazal sering dimainkan di pelbagai acara atau keramaian yang diadakan di negeri Johor Darul Ta’zim.
Muzik tradisional ini sering dimainkan di majlis-majlis perkahwinan golongan bangsawan (pada masa dahulu), acara-acara keramaian yang dihadiri oleh Sultan Johor atau kerabat Diraja Johor, dan juga majlis-majlis rasmi yang diadakan di negeri Johor. Antara penyanyi-penyanyi terkenal yang telah mempopularkan irama ghazal Johor adalah Fadzil Ahmad, Datuk Sharifah Aini, Ramlah Ram, Rosiah Chik, Allahyarhamah Datin Rafeah Buang, Datin Orchid Abdullah dan ramai lagi.                                                   
. . . .

TOKOH-TOKOH GHAZAL

1. Datuk Bentara Luar, Mohd. Salleh Bin Perang.

- Beliau memperkenalkan dan memainkan seni muzik ghazal kepada penduduk semasa pembukaan daerah-daerah baru.

2. Ungku Ahmad Bin Mohd. Khalid (Ungku Chik).

3. Ungku Mohammed Bin Mohd. Khalid.

4. Ungku Sulaimen Bin Daud.

5. Ungku Abdul Aziz Bin Abdul Majid.

6. Encik Dapat.

7. Haji Musa Bin Yusof (Pak Lomak).

- Cucu kepada Datuk Bentara Luar dan digelar sebagai Bapa Ghazal Johor.


PERALATAN GHAZAL

  • Peti Harmonium - alat muzik tradisional yang berasal dari India ini penting bagi Ghazal Melayu Johor.
  •  Violin - alat muzik ini kecil sedikit daripada biola , tetapi biasanya disebut oleh orang-orang Melayu dengan sebutan biola sahaja. Alat jenis bertali ini adalah salah satu alat muzik dalam permainan Ghazal Melayu Johor.
  •  Gambus - alat muzik yang berasal dari Timur Tengah ini merupakan alat muzik bertali yang perlu ada dalam Ghazal Johor.
  •  Satu Set Alat Tabla atau Do(Gendang) - juga merupakan alat muzik yang berasal dari India . Yang kecil dinamakan Din dan yang besar dinamakan Bam.
  •  Tamborin - alat muzik perkusi yang menggantikan alat keroncong diperlukan sebagai alat tempo dan rentak.
  • Marakas - sejenis alat perkusi yang diperlukan sebagai alat rentak dan tempo.


DISEDIAKAN OLEH : MOHAMAD AZIM MOHD NOOR          207176

16 comments:

  1. bagus......

    ReplyDelete
  2. Masuk lagu merupakan satu daripada kaedah nyanyian dalam persemsbahan Ghazal. Namakan 2 kaedah yang lain.Ada sesiapa boleh bagi saya jawapan? Diucapkan ribuan terima kasih.

    ReplyDelete
  3. Jawapan ini satu kemungkinan sebab pada kebiasaan Penyanyi akan memulakan nyayian selepas 'music intro'. Kemungkinan pertama Menyaynyi dahulu kemudian diikuti dengan muzik. Macam Lagu Burung Pungguk nyanyian Sharifah Aini. Kemunkinan kedua ialah menyanyi selepas 'sound effect' seperti lagu Pukul Tiga Pagi nyanyian P.Ramlee.
    Wallahuallam.

    ReplyDelete
  4. i like this information..:)

    ReplyDelete
  5. i like this information, thank you very much. I watched Ghazal performance in my graduation ceremony and I really love it.

    ReplyDelete
  6. DENDANGAN lagu tradisional asli Melayu, Ghazal, joget dan inang. Sesuai untuk majlis persaraan, kenduri kahwin dan makan malam atau apa jua majlis yang bersesuaian. KOMPANG, SILAT dan MARHABAN juga disediakan.

    Kami KUMPULAN GHAZAL WARISAN JARI SENI sedia menerima tempahan untuk majlis-majlis keraian, kenduri kahwin, majlis perasmian, majlis persaraan, makan malam dan sebagainya. Selain daripada itu, kami juga menyediakan kumpulan kompang, silat, tarian dan PA sistem.

    Kami juga ada menyediakan kumpulan MARHABAN untuk majlis kenduri cukur rambut atau majlis-majlis yang bersesuaian dengannya.

    Sila hubungi saya untuk maklumat dan tempahan.

    Pn. Mala – 011 1188 2737

    Laman Web: http://ghazal.worldheritage.com.my

    Facebook: http://www.facebook.com/tempahan.ghazal

    ReplyDelete
  7. Bagus dohh .

    ReplyDelete
  8. ghazal bnda apa sih?

    ReplyDelete
  9. apakah objektifnya

    ReplyDelete
  10. Objektifnya, Ghazal is an entertainment for people old days. Various of modern songs and dance are entertainment for us today.
    btw, what a great information, thanks a lot :)

    ReplyDelete
  11. selalunya muzik ghazal ni kena berapa orang ???

    ReplyDelete
  12. Meter lagu pak ngah balik berapa ehh??

    ReplyDelete
  13. Play Blackjack at a Casino! - Microgaming - Microgaming
    A classic 토토 card game is a thrilling and engaging blackjack game 바카라 사이트 at Microgaming. This goyangfc.com fun game is now available for ford fusion titanium your https://vannienailor4166blog.blogspot.com/ device!

    ReplyDelete